Ahad, 27 Mei 2018

MINGGU 14 (28 MEI - 3 JUN 2018)




NILAI ESTETIKA LABU SAYONG DALAM PENGHASILAN KARYA LUKISAN








NORAKMA BINTI ABDULLAH












FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018


NILAI ESTETIKA LABU SAYONG DALAM PENGHASILAN KARYA LUKISAN



Disediakan Oleh :
NORAKMA BINTI ABDULLAH
D20141067375


Penulisan Projek Akhir Tahun Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni)





FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018



PENGAKUAN KEASLIAN PENULISAN

NORAKMA BINTI ABDULLAH
D2014106XXXX


Saya mengesahkan bahawa segala bahan yang terkandung dalam penulisan ini adalah hasil usaha saya sendiri. Sekiranya terdapat hasil kerja pihak lain sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, saya telah merakamkan penghargaan dan pengiktirafan. Saya juga mengakui bahawa penulisan ilmiah ini belum lagi diterbitkan atau diserahkan untuk program atau ijazah lain dimana-mana universiti.


……………………………                                                                              8 JUN 2018
NORAKMA BINTI ABDULLAH
D2014106XXXX


DISAHKAN OLEH

………………………………..
EN. ABDUL RAZAK BIN ABD JABBAR
PENSYARAH
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya kajian projek tahun akhir ini berjaya disiapkan. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia projek tahun akhir, Encik Abdul Razak Bin Abd Jabbar yang telah banyak membimbing saya sepanjang proses menyiapkan penulisan dan karya ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sepengajian yang banyak memberi bantuan dan semangat dan tidak lupa juga kepada ayah dan ibu yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada diri ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa kajian ini dijalankan.

Norakma binti Abdullah
D20141067375
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni
Fakulti Seni, Komputeran Dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak










ABSTRAK


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu warisan dalam persekitaran budaya hidup masyarakat masa kini. Kajian juga dijalankan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kraftangan warisan. Fokus utama kajian adalah penghasilan karya lukisan yang mengetengahkan labu sayong sebagai subjek utama. Pengkarya telah mengaplikasikan teknik lukisan pada kanvas bersaiz 3 x 1.5 kaki dan 3 x 2.5 kaki. Pada peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian dan rujukan terhadap beberapa orang artis rujukan. Pengkarya berharap agar melalui penghasilan karya ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat umum terutamanya generasi muda agar lebih menghargai dan memelihara keindahan budaya dan seni warisan negara.



















ABSTRACT


This study is aimed at identifying the issues of heritage in the cultural environment of today's society. Studies have also been conducted to raise public awareness on the heritage of handicrafts. The main focus of the study is the creation of artwork that illustrates the Labu Sayong as the main subject. Creators have applied painting techniques on canvas 3 x 1.5 ft and 3 x 2.5 feet. In the early stages, researchers have been studying and referring to some referral artists. The authors hope that through the creation of this work it is able to create awareness among the general public especially the younger generation in order to better appreciate and preserve the beauty of the country's cultural and artistic heritage.
















KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT


PENGAKUAN KEASLIAN PENULISAN
I
PENGHARGAAN
II
ABSTRAK
III
ABSTRACT
IV


BAB 1
PENGENALAN


1.1 Latar Belakang Kajian
1

1.2 Isu Kajian
21

1.3 Objektif Kajian
22

1.4 Persoalan Kajian
22

1.5 Garis Panduan Projek
23

1.6 Batasan Kajian
24

1.7 Signifikasi Kajian
24



BAB 2
KONTEKS PENYELIDIKAN


2.1 Pengenalan
26

2.2 Tokoh-Tokoh Rujukan
27



BAB 3
PROSES KREATIF DAN KAJIAN STUDIO


3.1 Pengenalan
39

3.2 Kerangka Proses Kreatif Pengkaryaan
40

3.3 Metodologi Penghasilan Karya
41

3.4 Proses Kreatif
46



BAB 4
ANALISIS


4.1 Pengenalan
52

4.2 Kajian Visual Dan Analisis Karya
53

4.3 Persembahan Karya
53



BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan
55

5.2 Perbincangan Karya
57

5.3 Impak Karya Kepada Pendidikan
58

5.4 Cadangan
60

5.5 Rumusan
60




BIBLIOGRAFI


LAMPIRAN





BAB 1




 PENGENALAN




1.1 Latar Belakang Kajian
1.1.1 Estetika
            Menurut Rahman Shaari (2001:28) estetika bermaksud nilai keindahan dalam sesebuah karya sastera. Nilai yang dimaksudkan berkaitan dengan perasaan manusia dan subjektif sifatnya. Contohnya, mungkin pembaca pertama menganggap karya itu bernilai estetika, namun pembaca kedua pula tidak menganggapnya sedemikian. Jadi, menurut Rahman Shaari (2001) bagi sesebuah karya, aspek teknik dan gaya itulah yang menjadi penentu hadirnya nilai estetika. Bahkan kehadiran isi yang bagus tidak menjamin tingginya nilai estetika melainkan keseimbangan kesemuanya dalam karya tersebut sangat dituntut.

Konsep estetik ialah yang menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek keindahan dan kekuatannya. Estetik ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Sebenarnya terdapat banyak lagi pendapat yang membahaskan  makna estetika diantaranya ialah estetika adalah segala sesuatu dan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan seni (Kattsoff, Element of Philosophy, 1953), estetika merupakan suatu telaah yang berkaitan dengan penciptaan, apreasiasi, dan kritikan terhadap karya seni dalam konteks keterkaitan seni dengan kegiatan manusia dan peranan seni dalam perubahan dunia (Van Mater Ames, Colliers Encyclopedia, Vol. 1), ketiga, estetika adalah suatu ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari semua aspek yang disebut keindahan (A. Djelantik, Estetika Suatu Pengantar, 1999). Dan yang terakhir estetika dikatakan mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni (Jakob Sumarjo, Filsafat Seni, 2000). 

Apa yang kurang sempurna sekarang adalah pertumbuhan minda pelajar dalam sistem pendidikan dan persekitaran harian yang tidak mementingkan nilai-nilai estetika. Terperangkap dalam kolong kemajuan dan saling berlumba mengejar kebebasan kewangan, ibubapa sering alpa tentang peranan seni dan nilai estetika dalam membentuk kemanusiaan.

            Sistem pendidikan sekarang kurang menititikberatkan idealisme seni dan estetika. Unsur ini penting dalam pembangunan modal insan. Jika didedahkan dengan nilai-nilai estetika, ia akan dapat mengimbangkan diri dengan baik di atas platform rohani, mental, emosi, sahsiah dan sosial. Manakala modal insan yang dididik dalam nilai estetika juga, akan menjana individu tidak penting diri, berilmu, yakin, memiliki nilai murni dan moral tinggi, beretika, berbudi pekerti, berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, bersemangat patriotik, adil, progresif, berintegrasi dan berbudaya saing.

Nilai estetika memainkan peranan peting dalam kehidupan. Kamus Dewan mendefinisikan ‘estetika’ secara literal sebagai: “Cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan, cita rasa dan lain-lain”. Untuk menerapkan unsur estetika kepada seseorang, ia selalunya berkait rapat dengan dunia seni. Menurut penyelidikan Hassan Mohd Ghazali dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, apabila persoalan estetika dibahaskan, secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh.

Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Estetika disebut sebagai aisthesis dalam bahasa Yunani membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau melalui kepekaan manusia. Sasterawan negara, Shahnon Ahmad, pernah memberi komentar tentang salah satu cabang estetika: “Sastera itu sismograf.” Perkataan sismograf dalam konteks ayat di atas, tidak bermaksud untuk ukur impak gempa bumi seperti lazim, tapi membawa pengertian bahawa sastera itu adalah kayu ukur kepada kehidupan.

1.1.2 Labu Sayong
Labu Sayong dikatakan telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini. Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

Labu sayong juga dikatakan berasal daripada buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu sayong merupakan salah satu perusahaan tradisi di negeri Perak. Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak satu kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Hal ini kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada itu, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Labu Sayong dikatakan telah lama bertapak di negara ini iaitu sejak zaman Neolitik dengan adanya penemuan artifak serpihan tembikar oleh ahli arkeologi di negeri Pahang, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Pada zaman dahulu, labu sayong digunakan dalam upacara keagamaan dan upcara kematian.kini, labu sayong dijadikan sebagai bekas menyimpan air dan tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai perhiasan.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Kini, pembuatan labu sayong lebih meluas bukan hanya sebagai bekas menyimpan air sahaja.

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Seiring dengan peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
·         Pembuatan tradisional
·         Teknik picit dan cubit
·         Pembuatan moden
·         Throwing / Teknik lemparan alin
·         Teknik acuan
·         Teknik sepuh

1.1.2 Teknik Pembuatan
Gambar 1 : Teknik-Teknik Pembuatan Labu Sayong
1.1.2.1 Teknik Picit
Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari.

1.1.2.2 Teknik Kepingan
Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan.

1.1.2.3 Teknik Tuangan
Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris.

1.1.2.4 Teknik Lingkaran
Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong.
1.1.3 Pembentukan Labu Sayong
Pembentukan labu bermula di bahagian tapak kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.

Gambar 2: Bahagian Labu Sayong
1.1.4 Bahan Dan Alat Yang Digunakan Dalam Menghasilkan Labu Sayong
1.1.4.1 Penepek
Image result for penepek
Gambar 3: Penepek
Sebatang kayu digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

1.1.4.2 Sudip
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguWtcedWXs1gN0Vzi4NpO3nX1rzpvtXWl1l4Fo2LMwYXqH9gr5DKmuQ_vzklh8OyVhkIhdJKTtNjvn0lQT5gPkdXqYqBE0tkSzZQRMaidZOq_60aHVblIn4F13JOeM_HxsedfKXGD93qmt/s320/sudip.JPG
Gambar 4 : Sudip
Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

1.1.4.3 Pengukir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiOWPjV4tYkQnw1hytW6fo6MrlZc4MxzFfSS5ObzQ3PWFlmEE2_7o6jpqE8XbUEnDzcaMiS5d0ucsBZ1CgDxj5oeg_lA2wehW8S_T4BPLrSet37BGwBs89izIchOkUN-s20vGwrcRzGy6K/s320/pengukir.JPG
Gambar 5 : Pengukir

Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.




1.1.4.4 Batu Luru / Licin
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWuv9uivS8LmKqq1rDMAl46NphF99I639xAPBr4c15loi0V26p-dJxI23WOcv7Y4MzajuElXtPeE9TeRd0uy_pD0SpgOqHoeowvmiEzeV9xwEhWZWYtaHZdFxtHbEAOP1ciQXouisFOkVb/s320/batuluru.JPG
Gambar 6 : Batu Luru

Batu luru digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

1.1.4.5 Pinggan Ayan / Piring Capah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc1bXutkIQoEb2_S84YGBoLaZV7arNvoEn2CDT5u7GyhAZOR4huOv2cRA7tdo-j_tOQiR97xtTqEHL3QGXnVmdLqkgjy2NitsjOwm6zvsBPrcqaqc7cJa-ICzPElin-moFRFbyNL6aFNFm/s320/pinggan.JPG
Gambar 7 : Piring Capah
Piring capah berfungsi sebagai roda pemutar.

1.1.5 Proses Pembuatan Labu Sayong
1.1.5.1 Menyediakan Tanah
Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-J0gKzmIXhdCF_ZOkoXYx3e5oGD4k32Gnvbpvot8ktjsO_ZREI3YDyQiy_qtDSmC9rqgdYsYMjUbCP4MWQnEhNun04_ChyzzDLGiq_wcugu2rJ4hBEi0WzIYq6z5Ty8dHf6uZrzVq22oW/s320/tanah.JPG
Gambar 8 : Tanah liat boleh digali di tepi-tepi sungai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoAyr_kfEypG8KuRQOiFWEVqy9pvZo2diRqIwvigXdxOT0Zyd-1uPt2CRAyCXbxZg7TLb4RoWUwTqgUrC0qyO2wCY5GM4uhyphenhyphenQsqC_zMaEMKPmt52ARpV8Y8tE3QiNoLsp2dB3lFDMUaDDY/s320/tanahliat.JPG
Gambar 9 : Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada. Setelah nyata bersih, tanah dicampurkan dengan air untuk dibancuh. Bahan yang dibancuh mesti tidak terlalu lembik.

Bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen. Tanah itu kemudiannya diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4U7mjJMhqsMOF65fQ_ddHkGpptw7Jp8vHfwYqTgOrp6qTWORpTopICqIAzPsoxuKDdd2EMXY8GHiIH7hu0rKW365paf8ixIfzvx44dFLO4jVFUWIuAlIA-4V6CFmt6iiQOOZcCHWXRUrt/s320/memmbentuk1.JPG
Gambar 10 : Menguli tanah liat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoLlycwta3F2odUs-p23u9hn7cuLX3vWlONpANemVAAuUD15lprxhIpMdCKS8uTSTgngF3L5TzK-vl4WZOePSUE3SdPz8taGOwvbzo27kuZHELnz1MzvR2c-fTGiIcEQ4iNy_jerRj7ugh/s320/memmbentuk2.JPG
Gambar 11 : Menguli tanah liat




1.1.5.2 Membentuk
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSaR7uC0UySHLF-kD4gievAorbvLPq99nWmFQ00D2DvlUmI7WLS-d2lgwQQ24m2YtaI-eGedCXbBp0HIk5t4kDJobztlCII7O3m8_5OfD9XEMp87JgB-k_P2Zl1Y_2TxobEQn3uzT8Wo_j/s320/memmbentuk3.JPG
Gambar 12 : Membentuk tanah liat

         Membentuk adalah proses yang tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

         Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
1.1.5.3 Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxyDQbOpBiOSpc5VUxF1dHNww3uRaqVjkRnxTMQZGSEzpyvoaQXbCczsCoBR0Ci8x8GEFB_9NoKegJWbvo4gO5XbI-Wylc8KluOW5xpelpDizFa90mpp1e-xKjJzUj6uRso8WHhT2PomO8/s320/menghias1.JPG
Gambar 13 : Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi590bO31gitxKoHzVmsxcjbmZd-eV6aZt0ecin5i4-YxFFQBRcXG_I-xcpL3frBobJ8NwndtSipkQo6pd4BDNyjwqnlVCiu-_7MT4idy4E2r3QZ2Ykw9U9cA4-vTOCaiyAnowMpcvdr3Zz/s320/menghias2.JPG
Gambar 14 : Ragam hias menggunakan pelarik

Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

1.1.5.4 Membakar
Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrQpfowfaoSoj4zwvHhJsFvgnjZTfOuokqdL3kI_GqPNHLOtvzVlphyphenhyphenN78zraIHIHh3p0XQWzvX1DVXqXPqtq2HfNxbXQSzGqaViOz3ICB8zq3zkEH7BOXHgntX7XPbLl8kCXT69sqPW-2/s320/membakar1.JPG
                                          Gambar 15 : Labu yang disalai

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJW8GuCJBokmUYVAYj_21Ajt2VahERUMo4D2Sqx3uSYUl0kZ8VspamkVvyt1jkkEqUUG-fNUHO-CPVlQ7Id72xkuqKuZBOv2tDA75kdQFkLJtR18uawBCDxzGvL68GOLTM88zcRqow37jM/s320/membakar3.JPG
Gambar 16 : Pembakaran tembikar

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPf4xQUqWfeF7QZpuIr8IHCPoVirEMWezLavAMQzuUObeO5dwcDKfmZ4_CF2V9BH_VE-wII-5u7pmZWSfGTaZgm5j2OZuE68L8j0GjLROuVhjDxmx3nQ3jw4YilYemOEjR9CvgZA9_c0Bp/s320/membakar2.JPG
Gambar 17 : Labu dimasukkan ke dalam sekam padi
Labu sayong dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut.

Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional
Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering. Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warnanya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut.

Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmXW5OAhNXWRbtxTTowZNc0P5e1rah_g8JZlPExeCf7WJaveOBThIwAMe9KIpcTz8-LexFjUJHIVQ8ORRcJGcn3Ez5XPJKdWUuKP1A1SWO6hqliJ6bM4n6d5ZmX3KjZTC6DESFimugAYpy/s320/labusayong3cp.jpg
Gambar 18 : Labu yang telah siap

1.1.6 Motif dan corak labu sayong
Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi.

Antara motif labu sayong ialah motif bunga tanjong, bunga padi, bunga keduduk, bunga cengkih, bunga lawang, bunga pecah empat, pucuk rebung, bunga cakar, susur kelapa, bentuk huruf S, bentuk huruf X dan siku keluang.
Image result for motif dan jenis corak labu sayong
Gambar 19 : Motif labu sayong


1.2 Isu Kajian / Masalah Kajian
Seiring dengan peredaran zaman, labu sayong kian dilupakan oleh generasi muda. Hal ini kerana, golongan muda lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti moden seperti bermain permainan video dan sebagainya.

Labu Sayong merupakan kraftangan negara, amat rugi jika kraftangan ini luput dek zaman. Disebabkan oleh ledakan era globalisasi teknologi yang semakin menular dewasa ini, kuasa teknologi media sosial lebih mendapat perhatian oleh golongan muda. Kecenderungan golongan muda kepada teknologi moden menyebabkan mereka merasakan hal-hal tradisional ini tidak perlu diambil berat.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut :

1.3.1 Menghasilkan karya lukisan bertemakan labu sayong supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penerusan warisan bangsa.
1.3.2 Menghasilkan karya lukisan yang mampu memberi impak identiti kraftangan warisan.


1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut :

1.4.1 Bagaimanakah hasil karya lukisan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat.
1.4.2 Sejauh manakah hasil karya lukisan dapat memberi impak kepada identiti masyarakat.



1.5 Garis Panduan Projek
       Minggu

Perkara

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16
Tema
















Masalah dan objektif
















Konteks
















Idea
















Sketch
















Media / bahan
















Berkarya
















Kemasan
















Kesimpulan

















Jadual 1 : Garis panduan projek


1.6 Batasan Kajian
Dalam karya ini, pengkarya membataskan hal benda yang dikaji. Hal benda yang dikaji oleh pengkarya adalah mengenai labu sayong yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak.

Labu Sayong merupakan kraftangan yang bukan sahaja terkenal di dalam negara malah luar negara juga. Namun, ekoran pemodenan zaman, labu sayong kian dilupakan oleh generasi muda. Dewasa ini, golongan muda kurang ambil tahu tentang warisan negara. Mereka lebih gemar untuk melayari internet dan juga bermain permainan video.

Pengkarya juga telah menghadkan penggunaan media. Pengkarya hanya menggunakan pensel dan arang bagi menyiapkan karya ini serta menggunakan teknik garisan. Pengkarya telah mempersembahkan karya dalam bentuk lukisan yang mempunyai dua panel.


1.7 Signifikasi Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat betapa kritikalnya kraftangan negara. Generasi muda perlu didedahkan dengan cara-cara untuk mengekalkan kraftangan ini seperti melatih para generasi muda untuk menghasilkan labu sayong, bukan sekadar tahu hanya pada nama.
Generasi muda juga perlu didedahkan dengan motif-motif yang digunapakai untuk menghias labu sayong tersebut. Di samping itu, karya ini dihasilkan bagi membuka minda orang ramai, pentingnya untuk menjaga warisan negara.


















BAB 2




BACAAN KONTEKS PENYELIDIKAN




2.1 Pengenalan
Labu Sayong merupakan kraftangan warisan. Pada zaman dahulu, labu sayong hanya diusahakan secara tradisional. Namun, setelah terdapat beberapa kekangan, maka labu sayong kini diusahakan secara teknik moden.

Bagi mempersembahkan karya ini, pengkarya telah mengkaji beberapa artis untuk dijadikan sebagai rujukan. Dalam proses menghasilkan karya, artis rujukan memainkan peranan penting sebagai sumber inspirasi kepada pengkarya.


2.2 Tokoh-tokoh Rujukan
2.2.1 Sulaiman Esa
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsrEwzyVHJpCFm3LlK1einSMqbcAWjlyxMu9qJFEKVmoTx-pV2dyEoBxBivfspDkp_Zd8jNljTWUIM-7fuljv6FpfSkhiU4Aivl_B7JUx4lylq8fC7MVxGNx90lgx6yxaGEVW9ZB9VQ58v/s320/rajaah010.jpg
Gambar 20 : Sulaiman Esa

Sulaiman Esa dilahirkan pada 12 September 1941 di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Zahrah. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Maktab Inggeris, Johor Bahru pada tahun 1953. Beliau mendapat Biasiswa Negeri Johor dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Hornsey College of Art, London pada tahun 1960 hingga 1966. Pada tahun 1967 beliau menyambung ijazah pasca siswazah dalam bidang cetakan di kolej yang sama. Setahun kemudian beliau belajar pula di ‘Atelier 17’, Paris dalam bidang cetakan pada 1968. 

Setelah pulang ke tanah air pada pertengahan 1968, bekerja sebagai Pereka Grafik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejak itu beliau aktif mengadakan pameran dan reka bentuk teater. Beliau ditawarkan semula biasiswa untuk mengikuti kursus rekaan pentas dan busana iaitu selama setahun di Academia de Roma, Itali pada 1974 dan terus dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Seni Halus, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1975 sekembalinya beliau. Empat tahun kemudian beliau ke Baltimore, Amerika untuk melanjutkan pelajaran dalam ke peringkat Sarjana Seni Halus di Maryland Institute College of Art dari 1979 hingga 1981.

Sulaiman Esa ke Amerika Syarikat sekali lagi pada 1986 hingga 1996 bagi melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah di Tample University, Philadelphia, yang terkenal dengan program pengajian seni Islam. Semasa disana beliau beliau mengambil falsafah Islam dan seni sebagai pengajian utama dimana berkesempatan untuk belajar terus dibawah ilmuan Islam yang terkenal iaitu allahyarham Lamnya dan Ismail Al-Faruqhi, Sayyed Hoessin Nasr dan Mahmoud Ayoub.

Sulaiman Esa bukanlah nama asing dalam seni lukis Malaysia. Beliau adalah merupakan pelukis yang membawa seni lukis sejak tahun 1980 an lagi. Sulaiman Esa merupakan seorang yang bergiat dalam seni Islam yang dihormati dalam mempertemukan dunia Timur dan Barat dalam karya-karyanya. Beliau mempunyai ketokohan bukan sahaja sebagai pelukis, tetapi penulis, pendidik dan juga penyelidik. Sepanjang tempoh karier beliau sebagai seniman selama lima puluh tahun beliau telah menghasilkan siri-siri karya antaranya ‘Manusia dan Alamnya’ (1972), ‘Ke Arah Hakikat Mistik’ (1972), ‘Menunggu Godot’ (1977), ‘Ke Arah Tauhid’ (1984), ‘Wira Warna’ (1985), ‘Insyirah’ (2001) dan ‘Rajaah’ (2011). 

‘Manusia dan Alamnya’ (1972) 
‘Manusia dan Alamnya’ merupakan karya komentar sosial yang pertama seumpamanya dihasilkan di Malaysia pada 1972. Ia merupakan tindak balas artis terhadap dunianya. Ia merupakan sebuah pengkajian antropologi manusia yang pelbagai dimensi, yang mempunyai pelbagai sifat, juga merupakan manusia yang terdiri daripada fizikal dan spiritual. Disamping itu ia boleh menjadi sebuah kajian akademik, sosial, seksual dan intelektual. 

Sedar atau tidak Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1971 yang merupakan kongres seni budaya yang terpenting dimana kerajaan, masyarakat dan ahli fikir dipersoalkan mengapakah seni yang berlaku pada waktu itu tidak memberi apa-apa kesan kepada identiti, budaya dan jati diri tetapi cenderung berkiblat kepada barat yang bersifat tiruan. Beliau baru menyedari bahawa beliau sebenarnya menceritakan tentang dirinya sendiri yang mempunyai dua karekter, iaitu yang mempunyai ciri-ciri fizikal barat dan spiritual Melayu Islam. 

‘Ke Arah Hakikat Mistik’ (bersama Redza Piyadasa) (1972) 
Siri Toward to Mystical Reality atau ‘Ke Arah Hakikat Mistik’ adalah koloborasi antara Sulaiman Esa dengan rakannya Redza Piyadasa yang telah di adakan di Sudut Penulis di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1972 yang juga adalah karya ini telah mencetuskan polimik diantara pengiat seni dan juga sastera. Pameran ini membuka wacana polimik dalam persoalan tentang ruang, material dan masa dalam penggunaan objek harian dan teks sebagai sebuah pengalaman mental yang menyarankan ruang, waktu dan anjakan, ia merupakan satu idea baru dalam seni lukis Malaysia. 

Ia merupakan reaksi daripada Kongras Kebudayaan yang menolak teori seni barat dan bermanifestokan untuk membebaskan pelukis Malaysia daripada cenderung kepada pengaruh Barat . Mereka mengasimilasikan budaya Timur dan Barat dalam perspektif baru seni sebagai sebuah kajian saintifik dari sudut mental, meditatif dan mistikal yang terdapat dalam falsafah Asia berhubung dengan amalan falsafah Taoism dan Zen. 

'Menunggu Godot (1977) 
Dengan ilmu bidang seni cetak yang dipelajarinya di London dan Paris dahulu, pada 1977 Sulaiman Esa hadir dengan siri karya Waiting for Godot (Menunggu Godot). .Waiting for Godot adalah sebuah naskah terkenal oleh Samuel Backett yang dipentaskan ke dalam teater.Waiting for Godot yang telah sudahpun mencetuskan kontroversi kepada dunia seni lukis sebelum dipamerkan lagi, sehinggakan setelah beliau mengantungkan cetakan ini dinding datang ketua jabatan tempat beliau mengajar terkejut menyalahkannya kerana meletakkan ayat al-quran sekali dengan gambar perempuan dalam keadaan yang seksi. 

Dengan menggunakan teknik gurisan foto ianya adalah representasi diri beliau yang bukan sahaja bercerita tentang krisis identiti seni bukan sahaja dirinya sendiritetapi cuba memaparkan krisis budaya negara pada tahun 1970 an terutamanya kepada orang Melayu beragama Islam terhadap pengaruh barat. Siri karya ini kebanyakanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang terdapat di imejan yang sangat berkontra diantara satu sama lain. Pertama adalah imejan-imejan wanita yang berbogel dalam kedudukan yang sangat menghairahkan pada sebelah bawah. Manakala disebalah atas terdapat kaligrafi yang yang disalin daripada masjid Cardoba dan Alhambra. 

‘Ke Arah Tauhid’ (1984) 
Walaupun diseliputi kontroversi demi kontroversi siri ‘Ke Arah Tauhid’ yang telah diadakan di Australia High Commission dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984 ini memuncakkan lagi namanya. Beliau mula berhijrah apabila berjaya menghasilkan karya penting yang mengabungkan konsep Seni Tradisional Melayu bernafaskan Seni Islam dalam kariernya seperti ‘Ke Arah Tauhid’ (1983) dan ‘Nuraini’ (1983) yang kedua-duanya menjadi koleksi negara. Karya ini merupakan titik permulaan bagi Sulaiman Esa untuk menempuh sejarah yang lebih menarik dalam mempraktikkan seni Islam. 

Beliau mengangkat seni nusantara iaitu kraf Melayu dalam format seni catan moden barat. Beliau mengkaji seni tekstil seperti, songket, batik dan juga kraf yang lain seperti anyaman, ukiran kayu dalam memantulkan wajah serantau. Ke Arah Tauhid merupakan kenyataan beliau dalam mentakrifkan apa itu lukisan, apa itu seni. Beliau banyak menggunkan garis grid, ini kerana ilmuan seni Islam mengatakan intipati kerohanian ditentukan oleh grid yang lebih logik kerana ianya bermain dengan sistem matematik dalam membentuk corak arabesque dan geometrik. 

‘Warna Wira - Mural’ (1985) 
Dekad 1980 an selepas seminar dan pameran Akar-Akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan Kini pada 1979 memperlihatkan fenomena pelukis Malaysia kembali mencari identiti Kemelayauan dalam pengkaryaan meraka, perihal ini tidak terkecuali kepada Sulaiman Esa. Siri Warna Wira adalah salah satu manifestasi beliau terhadap gerakan itu. Maka lahirlah siri mural terpanjang daripada mozek kaca Itali bersaiz 10 kaki tinggi dan 168 kaki lebar dikomisenkan bertempat di Bangunan Umno , Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pengutaran aspek unsur Islam dalam mural ini dilakukan menerusi pengolahan bentuk-bentuk klasik yang terdapat dalam rekabentuk geometrik seni Islam yang pada dasarnya mencerminkan konsep imbangan, aturan, kejelasan dan keharmonian. Dalam untuk mengambarkan aspek kehidupan orang Melayu motif-motif pucuk rebung, salur bayur dan kerawang contohnya yang pada dasarnya mempunyai pengertian yang mendalam dari segi falsafah dan falsafah hidup bangsa Melayu.
            Pada tahun 1993 Sulaiman Esa telah dipilih sebagai artis yang mewakili negara Malaysia ke pameran seni Asia Pacific Triennial yang pertama di Queensland Gallery, Australia. Setelah hampir 20 tahun bergelumbang di dalam pendidikan seni akhir beliau dilantik sebagai Prof Madya di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, ITM pada 1995.

‘Insyirah’ (2001) 
            Pada tahap ini lukisannya lebih berfalsafah dan bermetafora melambangkan pemikiran yang yang dipelajarinya selama ini selam sepuluh tahun menyiapkan ijazah kedoktorannya dalam falsafah seni Islam. SiriInsyirah telah di pamerkan di Galeri Petronas pada tahun 2001. Selama menyepi hampir 15 tahun dengan siri baru karya-karya dalam siri ini meletakkan satu tingkat penting dalam kariernya.
           
            Dalam siri ini beliau ini adalah daripada pengkajian teologi dari pelbagai sudut pemikiran selama ini dalam perihal tasawuf, usuludin, kajian agama Islam, China, India, Kristian dan budaya semasa. Dalam tesisi beliau cuba memperbetulkan dan mencadangkan seni peribumi yang menganjurkan keMelayuaan kepada Islam dalam peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu bukan diperingkat syariah tetapi mistisisme (kebatinan) dimana ia menemui tradisi agama lain. 

Maka lahirlah karya-karya yang menjadi isu dan buahan mulut dunia seni lukis ketika ituseperti ‘Last Supper’ (1998), ‘DOA’ (1999), ‘Beauty in Diversity’ (2000), ‘Dance of Cosmos’ (2002) dan lain-lain yang mengambil juga ikon agama lain seperti beliau melukis Shiva Nadarajah, patung Buddha dan mandala sehinggakan ada sesetengah ulama yang mengatakan beliau telah sesat. 

‘Raja’ah’ (2011) 
Related image
Gambar 21 : Karya Raja’ah

Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan penghormatan Balai Seni Visual Negara untuk mengadakan pameran retrospektif yang mempamerkan semula hasil karya beliau daripada tahun 1950 an hingga 2011 iaitu ‘Raja’ah: Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa’ adalah pameran solo yang menghimpunkan semula karya-karya yang terpilih beliau sepanjang 50 tahun berkarier dalam seni lukis.
Raja’ah bererti kemunculan semula, dimana ia merujuk transformasi manusia daripada bersifat keduniaan (luaran) kepada yang lebih spiritual (dalaman). Ianya adalah berlandaskan kepada potongan ayat Al-Quran“inna lillahi wa inna ilahi raji’un” yang bermaksud “Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali”. Beliau menggunakan perkataan raja’ah bagi merujuk kepada kepulangan beliau kepada sifat-sifat fitrah manusia yang diciptakan Allah. 

2.2.2 Chuah Thean Teng
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizssVoovSES4GCht94n7b3VrlNc20QEhPnesgduutd3hiQc5D2FylIJD84RfInZ01v7zB9_wGM8CFLpeVOyztnSw8eNEt1gNSTEyfbxg-Y6YmOhyphenhyphenOP_k_bd8kx6uTXNKLkpZv5kO2aEaM/s320/CTT-Self+Portrait-61x45cm-Batik-1970.jpg
Gambar 22 : Chuah Thean Teng

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Tahun 1970an
            Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan 扤ew Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Image result for karya chuah thean teng 
Gambar 23 : Karya Ibu Dan Anak
                                                        
Image result for karya chuah thean teng
Gambar 24 : Combing Hair


BAB 3




PROSES KREATIF DAN KAJIAN STUDIO




3.1 Pengenalan
Pengkaryaan sesuatu karya mementingkan subjek/hal benda, bentuk dan kontent dengan mengaplikasikan media, teknik dan bahan serta mementingkan unsur seni dan prinsip rekaan. Pengkaryaan sesebuah lukisan memberi penekanan kepada aspek makna dan estetik.

Dalam proses pengolahan karya, Horald Osborne mengklasifikasikan tiga jenis kaedah yang perlu digunakan dalam pengolahan pengucapan seni visual iaitu idealisasi, representasi dan stailasi. Idealisasi merujuk kepada penekanan mesej ataupun pengertian mesej sebagai subjek utama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat representasi membawa maksud sesuatu yg me­lambangkan, menggambarkan, atau me­nyata­kan sesuatu yg lain, perlambangan, gambaran, pernyataan; perihal (perbuatan dsb) me­wakili, perwakilan. Media pula terdiri daripada alat, bahan ataupun bahantara yang sesuai untuk diaplikasikan pada karya. Pemilihan media yang sesuai amat penting bagi mendapatkan karya yang menarik. Tanpa penggunaan media, karya seni tidak mungkin dapat dihasilkan dengan sempurna


3.2 Kerangka Proses Kreatif Pengkaryaan
Rajah 1 : Proses pengkaryaan

3.3 Metodologi Penghasilan Karya
Dalam bab ini, pengkarya akan menerangkan tentang kaedah dan proses yang dijalankan bagi mencapai objektif yang dinyatakan. Pada peringkat ini juga setiap langkah-langkah pengkaryaan dijalankan. Karya dihasilkan dengan menitik beratkan unsur dan prinsip seni. Pengkarya memilih labu sayong sebagai hal benda kerana ingin mengetengahkan warisan kraftangan negara yang kian dilupakan oleh generasi muda.

 
Gambar 25 : Kayu untuk rangka karya

 
Gambar 26 : Frame
Gambar 27 : Kedudukan frame

  
Gambar 28 : Proses memasang papan lapis pada frame

Gambar 29 : Proses memasang kanvas pada frame
Gambar 30 : Proses undercoat karya

   
Gambar 31 : Mula melakar dan berkarya

Gambar 32 : Hasil pengkaryaan

Alat dan Bahan yang digunakan semasa proses pengkaryaan
 Kanvas

 Clamp dan Stapler
  Nail Gun

 Mesin Pemotong


3.4 Proses Kreatif
3.4.1 Fasa Pewujudan Idea
Untuk menyiapkan karya ini, pengkarya menggunakan media arang dan pensel. Penggunaan sesuatu media sangat penting bagi membolehkan pengkarya berjaya mewujudkan aspek unsur dan prinsip seni.

Dalam karya ini, fokus utama pengkarya adalah labu sayong. Pengkarya cuba untuk mengetengahkan tentang bagaimana hanya dari pandangan mata, mampu merubah masa depan sesuatu. Pengkarya mengaplikasikan teknik garisan bagi menyiapkan karya ini.


3.4.2 Fasa Perkembangan Dan Olahan Idea
Olahan idea merupakan proses penting bagi mendapatkan karya yang baik. Melalui olahan idea, pengkarya dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada. Pengkarya telah membuat beberapa olahan idea bagi mendapatkan komposisi yang menarik dan dapat memberi impak kepada audiens.
  

3.4.3 Adaptasi Media dan Teknik
3.4.3.1 Pensel
 Pensel dibuat daripada arang dan tanah liat. Ia terdiri dari pelbagai jenis, keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

Gambar 33 : Pelbagai gred pensel

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmxkSOXoxPFQz4G5uW1wV6cho9Snobtsv7IQcJ68D_9ZCEzR1QcYL_NmQ9JqX7zZIjjJ0Cn6tu17kpobbu4berQOC2dIf6ciZvKFPB544e25QAVKmwFMemvQtHcf65fvH4vLqDnePv3elh/s320/penciltalk_org_softlead_2.jpg
Gambar 34 : Kesan ton gred berbeza

3.4.3.2 Arang
               Pada asalnya, arang merupakan batang kayu yang terbakar. Ia merupakan media yang tertua. Kelebihan arang ialah dapat menghasilkan kesan gelap yang maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqZRFsj1P068pOmqdToPV8rfsfQc5trfEEtU195PtIXVN0PP3E-uJNCeNABmcvBkaJf8FwFyqmQyuXPXxQQtxdCEl9osd0Xcyqrs7sCiuS5GVrcFpnsy3cOOsXAijDlEOwkpa95cOhLD0l/s200/WFWEWSKK1copy_of_charcoal_photo5555.jpg
Gambar 35 : Arang yang digunakan untuk melukis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiRhnMIIMISrpiJ70ywSeeTzOYCn9ii6PA3Q9_Yp1FfGxagRz5L-Yr2QPJ0rZO6Z1u-Sr-wlOGz2NW288M6791pUtdI0CegORiPD81oj5RNKWrUCHpcKQB22yLyD52JAJTwleylqIVkEV6/s320/Charcoal_pencils_051907.jpg
Gambar 36 : Arang dalam bentuk pensel

Arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio9_1n8nVQnwfz5XuMzxrHyObVylKxF_0U0V4tu7OB9gY4Qhwm6TlJZXizZNEor29f_sHnAJgGh9BfPEq0jQw9U94Iof03xt_aZGuXP8rvUp5s1xw-Sf9UmlHyVzLktx1oz1dxZFqFEYk0/s320/ct2-9_charcoal.jpg
Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2lVyDgbvh0Dcv6MgMQehATZ0LBWli_FqXzbCVjm_DF-4idVdMKDQFs4wLkcHHNnPSS06gHYz20QpLRnWg8PAwLGivvpgADWRDOGKdSYr4Wu6KMPXL7rlnp1aHcSEdm4MFRK_Cy48AWNF7/s200/0085633000000-ST-01-Derwent-Compressed-Charcoal.jpg
Kesan lorekkan daripada arang




3.4.3.3 Teknik Melukis

1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.















BAB 4




ANALISIS




4.1 Pengenalan
Sesuatu karya yang dihasilkan sangat penting bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Di samping itu, karya amat penting bagi membolehkan audiens memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Oleh itu, karya haruslah mempunyai nilai tambah yang tinggi disamping unsur seni dan prinsip rekaan.


4.2 Kajian Visual dan Analisis Karya
Karya ini dihasilkan dengan hal benda figura manusia (kanak-kanak dan orang tua) dan labu sayong. Pengkarya mengetengahkan karya dimana seorang tua sedang menghasilkan labu sayong sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak. Pengkarya menggambarkan karya sebagai kehidupan keluarga pembuat labu sayong, dimana pengkarya menggambarkan seorang kanak-kanak yang merupakan anaknya yang melihat seorang lelaki(ayah) membuat labu sayong. Dari pengamatan itu, maka akan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak itu untuk merasai bagaimana cara untuk membuat labu sayong seterusnya menjadikannya pandai dalam penghasilan labu sayong. Maka takkan terhenti lah penghasilan labu sayong. Jika tiada minat dari golongan muda maka tidak mustahil labu sayong akan hilang ditelan zaman.

Melalui karya ini, pengkarya turut memastikan unsur dan elemen seni terdapat pada karya yang dihasilkan. Ia termasuklah unsur ruang, bentuk, rupa, garisan, jalinan. Pengkarya juga turut mementingkan prinsip rekaan iaitu keseimbangan, kesatuan, pergerakan, harmoni dan penegasan.


4.3 Persembahan Karya
Karya ini dilukis dengan menggunakan media pensel dan arang. Karya dipersembahkan dalam bentuk lukisan realistik bagi membolehkan audien faham apa yang ingin disampaikan oleh pengkarya.
Tajuk : Dari Matamu
Saiz : 3 Kaki X 4 Kaki
Panel 1 = 3 Kaki X 1.5 Kaki
        Panel 2 = 3 Kaki X 2.5 Kaki
Media : Pensel Dan Arang Atas Kanvas









BAB 5




KESIMPULAN DAN CADANGAN




5.1 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.



5.2 Perbincangan Karya
Karya ini dihasilkan dengan menggunakan media pensel dan arang. Karya ini sepenuhnya menggunakan teknik garisan. Karya ini mengetengahkan kehidupan pembuat labu sayong bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kraftangan negara. Amat sukar untuk sesuatu warisan dipelihara jika tiada pelapis. Pengkarya menggambarkan kanak-kanak yang sedang melihat proses pembuatan labu sayong tersebut sebagai pelapis penerus kraftangan labu sayong.

Kajian yang dilakukan oleh Siti Zainon (1986) terhadap sejarah asal usul labu sayong memperlihatkan bahawa tukang-tukang membuat tembikar menggunakan cara lama yang telah dipusakai oleh mereka daripada ibu, nenek atau moyang yang kononnya telah berumur lebih seratus tahun. Berasaskan maklumat temubual yang diberikan oleh Puan Hasnah Adnan, salah seorang pengusaha tembikar labu sayong di Kampung Kepala Bendang bersama dua orang saudara perempuannya, mereka mendakwa mewarisi kepandaian membuat tembikar daripada nenek mereka iaitu Nila Hitam. Siti Zainon mencatatkan bahawa beberapa rekabentuk tembikar labu sayong ciptaan Nila Hitam memang wujud dan ada disimpan di Muzium Taiping, Perak dan Nila Hitam dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 1903. Hal ini membuktikan bahawa setiap warisan perlu diwarisi bagi membolehkan warisan itu kekal sepanjang zaman.

Di samping itu, karya ini dihasilkan bagi memberi impak identiti kraftangan warisan. Hal ini kerana, labu sayong merupakan kraftangan yang terkenal di Kuala Kangsar, Perak.


5.3 Impak Karya Kepada Pendidikan
Karya ini diharapkan dapat memberi impak kepada golongan muda masa kini. Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong pelajar menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang terdapat dalam karya dan menghubungkaitkannya dengan unsur seni dan prinsip rekaan.

Karya ini mampu membantu para pelajar dalam memahami diri dan persekitaran. Karya ini akan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, ianya dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, karya seni ini mampu mempengaruhi pelajar dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Melalui karya ini, ia dapat menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan serta menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Pemerolehan ilmu ini dapat mambantu pelajar belajar dengan lebih seronok dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka dan menghubungkait idea dengan objek.

Karya yang dihasilkan secara tidak langsung mampu memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat menyebabkan pelajar berasa lebih seronok.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Oleh itu, karya ini mampu menjadi bahan untuk pelajar melakukan penerokaan terhadap seni visual.



5.4 Cadangan
Kraftangan labu sayong merupakan salah satu warisan negara. Oleh itu, ia haruslah dipelihara. Golongan remaja zaman kini, kurang mengambil perhatian terhadap warisan negara. Jadi, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi membolehkan warisan ini bertapak di Malaysia. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memberi latihan secara percuma khususnya kepada golongan muda dalam memartabatkan semula kemahiran membuat labu sayong. Selain itu, pihak pengusaha labu sayong juga boleh mengambil inisiatif dengan membuat pembaharuan motif serta menambah jenis produk yang berasaskan labu sayong agar generasi muda tertarik dengan penghasilannya. Namun begitu, pembuatan labu sayong secara tradisional perlulah diterapkan walaupun sudah mengalami pemodenan. Pihak yang berwajib juga boleh mengadakan pameran mengenai labu sayong dan mengadakan bengkel bagaimana labu sayong dihasilkan dan memberi peluang kepada golongan muda untuk merasai bagaimana caranya membuat labu sayong.


5.5 Rumusan
            Seni adalah satu bentuk komunikasi yang menghubungkan pengkarya dengan masyarakat. Oleh itu, pengkarya haruslah memberi input melalui karya supaya ia dapat dinilai oleh masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mengetahui tentang hal benda yang diolah oleh pengkarya.

BIBLIOGRAFI
Buku
Ahmad Fauzi Mohd Noor. 2009. Labu Hitam Sayong dan Seramik Maju : pemangkin kelestarian kehidupan masyarakat.
Giovanni Civardi. 2010. Drawing : A complete Guide. Great Britain : Search Press.
Mubin Sheppard. 1905. Malay Arts and Crafts.Selangor : Perpustakaan Negara Malaysia.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia . 1994 . Labu Sayong.
Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainul Abidin Hassan & Azmi Zakaria. 1988. The cooling of water in a Malaysian earthen water jug : Kuala Lumpur.

Internet





KARYA AKHIR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan