Khamis, 13 November 2014

ar;Rhaudhah_Hawa; Wanita Pertama di Syurga

al-Baqarah, 2:35

Allah SWT memberitahu kemuliaan yang diberikan kepada Adam selepas Dia mennyuruh malaikat bersujud kepada Adam. Maka Allah memerintahkan Adam untuk tinggal di syurga, makan dan minum sepuasnya. Abu Dzar r.a bertanya, "Apakah Adam itu seorang nabi?"Nabi SAW menjawab, "Ya, dia seorang nabi dan rasul yang berbicara langsung dengan Allah,iaituketika Allah berfirman (...tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga...)

Adam AS sudah terlebih dahulu tinggal di syurga, lalu Hawa diciptakan sebagai perempuan pertama untuk menemaninya seperti perintah Allah SWT. Pada suatu ketika, iblis berjaya menggoda mereka. Lalu turunlah perintah Allah untuk mengeluarkan A dam dan Hawa keluar dari syurga kerana melanggar perintahNya.

Ibnu Mas'ud dan beberapa orang sahabat berkata "Iblis diusir dari syurga, sedangkan Adam AS ditempatkan di syurga. Adam pun berjalan-jalan kesunyian di syurga. Tiba-tiba dia tertidur. Ketika bangun, Hawa telah berada di sebelahnya untuk tinggal bersamanya. Kemudian, Hawa ditegur oleh Adam, "Siapakah engkau?"Hawa menjawab,"Saya seorang perempuan."Kemudian ditanya lagi, "Untuk apa engkau diciptakan?" Hawa menjawab, "Untuk tinggal bersama engkau di syurga." Malaikat ingin mengetahui ilmu Adam lalu bertanya, "Siapa namanya, wahai Adam?"Adam menjawab, "Hawa." kemudian ditanya lagi, "Kenapa Hawa?" Adam menjawab lagi, "Kerana dia diciptakan daripada benda hidup."

Manusia boleh meraih kedudukan malaikat dengan cara menepati janjinya kepada Allah, mengawal kehendaknya, tidak tunduk pada syahwatnya dan mampu mengatasi hasutan dari Syaitan. Terjerumus dalam kesesatan akan merosakkan dan menjatuhkan maruah manusia kepada kehianaan lebih dari kehinaan haiwan. Kisah ini mengingatkan kepada manusia supaya berhati-hati di pelbagai kesempatan kerana syaitan akan terus mengganggu anak cucu Adam sampai hari Kiamat, seperti janjinya kepada Allah. (Ibn Kasir, Tafsir Al-Quranil 'Azim, Jilid 1, 1996:82-83).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan