SEJARAH...
Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat
lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti
harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan
corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada
masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan
warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala
biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula
terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.
Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang
digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna
merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam.
Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan
darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna
coklat dan jingga.
Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu
seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis
yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus
menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau
cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last
Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular.
Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai
teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.
Catan Media Campuran
Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu
aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain
cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau
menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang
bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik
menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa
dalam seni tampak.Karya awal ‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti
metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan
pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang
menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk
St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan
Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir
pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada
pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative,
alam sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan
catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk
aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik
yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya
pameran yang terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya
asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada tahun 1961 . Pada tahun itu
merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan
karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan
media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu,
plastik,bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi.
Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat
dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan
ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan
surealime.
Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan
mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan
catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama
yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932.
Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow
Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada
William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj”
menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras
hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara
rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di
mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis
Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan
memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut
pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada
kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang
sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan
teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.
Sejarah seni catan media campuran tempatan.
Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni
catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan
bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula
pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan
lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat
dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah
seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini.
Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan
kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.
Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada
tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru
yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya
ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan
tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan
yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada
pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam
kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd
abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan
bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu
budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin
dalam ‘Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art,
khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi
bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam
dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia
menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih
gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu
Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu
Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.
Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi
karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu
perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan
dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial
menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi
pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran
besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya
mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed
media.
Kajian Teori Yang Berkaitan
Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk
menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka
menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk
mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh
mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif
budaya permakanan tempatan sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan
catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan
kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada
pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam
kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka
bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme
contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya “Tragic of Blue Night”
(1991).
Jenis Bahan
Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di
dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu,
plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh
pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof
sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menerusi buah-buah catur.
Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed media.
Apa Itu Bahan ( Material)
Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau
yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada
sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan
identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai
contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen
semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan
persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah
wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah
seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan,
sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau
berbentuk ‘chemical’ ataupun masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.
Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.
ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.
iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau
jentera,
Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.
iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari koleksi
lab.
Cara Memilih Bahan
Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :
i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya.
Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh.
Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi
ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa,
pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani
pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji
terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam pembentukan
sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ‘ready made' atau, 'natural
object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.
Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan
tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan
yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui
kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan
melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik atau foto dan
berkaitan dengan seni ini. Bentukan yang terhasil juga boleh dikenalpasti
sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi
(earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu
seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan
penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya memanfaatkan kepada apa yang
telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga mendapat jalinan melalui
pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku atau
penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan
sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan
mendatangkan hasil dari pembuatan 'textile texture' ini.
Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan
bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya
yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak,
arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu
terdiri dari berbagai-bagai elemen dan komponennya yang tersendiri. Dalam
mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat universal. Terpulanglah
pengkarya untuk menghasilkannya.
PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA
Terdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu karya itu
menjadi bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut seseorang artis
itu perlulah tahu jenis dan teknik yang dikehendakinya. Pengetahuan tentang
nilai bahan-bahan dan caranya mungkin didapati samada dipelajari dari buku
ataupun melalui sendiri pengalaman menghasilkan sesuatu yang baru.
Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi
memastikan samada ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah . Di sini
terdapat sedikit sejarah bagaimana permulaan dan beberapa teknik yang selalu
digunakan di dalam menghasilkan sesebuah karya.
Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua teknik
yang hadir selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik seperti
Assemblage, Combine Painting, Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage, Affiches
Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan bermacam-macam lagi. Disini,kajian
tentang media campuran ini hanya menitikberatkan terhadap beberapa pengolahan
sahaja.
Collage
Collage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni
catan moden yang menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang terkenal di
dalam karya Pablo Picasso. Papier de college ini telah mula digunakan dan telah
mula menjadi satu seni yang baru. Dari tahun 1906-1914 merupakan satu era di
dalam seni dengan adanya karya-karya yang membezakan dari segi pengolahan yang
tidak tunduk kepada tradisi. Ia merupakan satu era yang penting di mana ia
merupakan zaman era moden yang memisahkan di antara yang lama dan baru. Picasso
dan Braque merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai pembawa kepada
perubahan ini. Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction' terhadap
'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat dan segi tiga
sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat kepada nature ini
boleh dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik, sebagai contohnya pokok
menjadi kon, rumah menjadi segi empat.
Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu jalan
pembentukan 'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi yang dikenali
sebagai 'Analytic Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang kemudiannya
dimasukkan pula keratan akhbar, tiket, urat-urat kayu dan berbagai lagi kesan
jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan sesuatu 'form' itu tanpa
mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai bentuk dan rupa sendiri.
Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai, " It
was a small painting, a still life serrounded by an oral form made rope, that
for the first time introduced as a tangble element a small piece of oil cloth
resembling chair canning".Ia menambah lagi, " there is no such thing
as any material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as
long the artist in fuses it with creative feeling". Jadi collage ini
adalah sebagai satu permulaan dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu
para pelukis di dalam mencari sesuatu yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu
masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.
Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti keratan
akhbar, tiket dan sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya melalui
tampakan mata dan mendatar. Permukaan yang selalu dikolaj itu kebanyakannya
masih bersifat 2D.
Assemblage
Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti
relief. Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai
(sebagai contoh ) telah dimasukkan bersama menjadi satu karya.
Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang
berbentuk Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang
dan tidak dipakai diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali
menjadi satu karya. Sebagai contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi,
plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan ) yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu.
Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the
paper, then moved and shulted and manipulated his scraps of paper around in the
paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little piece of
crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour or
gouches around to get variation in shadings of tone".Manakala kepada Max
Ernst pula ialah kepada eksplorasi,
" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually
distant realities".
Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi
teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu.
Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan collage yang telah dimajukan
dalam seni dengan penambahan-penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan
sesuatu catan itu lebih kepada relief. Menggunakan bahan-bahan yang dikutip
atau jumpa yang kemudiannya di kompos'kan kembali.
Combine Painting
Seni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert Rauschenberg
dan Jasper Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh
golongan 'Dada'. Mereka ini termasuk di dalam 'Pop Art' dan lebih dikenali
sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan akan pertemuan dan percantuman
antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh golongan dadaisme juga
berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi berbentuk relatif tetapi seni
kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan secara total.
Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon' di
mana ia memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk seperti burung
dan bantal. Begitu juga dengan karyanya'First landing Jump', dengan menggunakan
tayar kayu berserta objek lain. Begitu juga karya-karya oleh Jasper Johns dalam
siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan oleh Jasper John ini, kebanyakan
karyanya lebih mementingkan teknikal seperti 'casting'.
Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang hinggalah
ke masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made' mahupun 'natural
object' dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak terbatas.
Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan
Kubisme, Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni berbentuk 'Collage'
sehinggalah ke seni Kontemporari.
Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini, perkara
yang berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam pembuatannya. Terdapat
beberapa \teknikm dan keberkesanannya sewaktu menjalani proses.
Fabric
Fabrik telah di gunakan sejak lama lagi iaitu seperti juga penggunaan kertas.
Dalam seni tradisional, fabrik telah digunakan untuk membuat pakaian.
Manik-manik, jerami yang disulam dan dijadikan pakaian dan perhiasan.
Penggunaan ini kemudiannya digunakan pula ke dalam seni semasa. Ianya kemudian
telah di kombinasikan dengan beberapa bahan lain dan dijadikan karyanya.
Terdapat juga seni ini menggunakan kanvas, benang disulam, tali sutera sacking
dan simen.
Mengapakah seni ini turut diberi keutamaan di dalam seni dan sesetengah artis
menggunakannya. Patricia Douthwaite menegaskan,
"I started doing collage when I became fed up with the slippery, sliminess
of paint…. painting picture each day and wiping them out each night …. I
finished with a massive pile of paint rags…. mainly muslim baby napkins,
covered with beautiful colours…".17
Terdapat beberapa teknik digunakan di dalam seni fabrik ini seperti Knotted and
tied, weaving around sticks, weaving a treda mobile, design from string and
nail dan feather.
Lain-Lain Pengolahan
Setelah melihat kepada empat pengolahan yang terbesar maka dari situ
terdapatnya beberapa pengolahan selain dari yang di atas. Contohnya seperti
Fumage, Brulage, Decoupage, Dechirage, Froissage dan Frottage. Di bawah ini
diberikan ringkasan secara umum mengenai teknik dan kesan yang terhasil dari
pemerosesannya.
Jenis Subjek
Motif yang digunakan motif –motif abstrak contohnya motif yang digunakan oleh
Zukifli Yusof motif tangga bagi menterjemahkan suasana literasi kebangsaan.
Manakala Tan Chin Kuan juga banyak membicarakan isu-isu sosial menerusi
imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis muda
seperti ini. Motif bentuk nasi bungkus, Din telah memperkayakan penggunaan simbol
tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malayisa. Penggunaan imej serta
pembungkusan makanan tempatan terdahulu daripada ini dapat dihayati dalam
karya-karya Hashim Hassan menggunakan motif ketupat di dalam pengolahan
semiabstrak bagi mencerminkan semangat kesatuan menerusi motif-motif anyaman.
Antara contoh-contoh media
Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia
bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub.
Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang
digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang
sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000
hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti
gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan
untuk mencuci berus.
Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut
air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang
digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras.
Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin
digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.
Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia
mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk
menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah
berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya
teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur
sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat
minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak
linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis
lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod.
Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau
hardedge, titik scumbling atau teknik melembut
Pensel
Pensel (diserap dari bahasa Inggeris), juga dipanggil kalam di negeri pantai
timur[1], ialah sejenis alat tulis yang juga boleh digunakan untuk melukis.
Pensel terdiri daripada sebatang pigmen (biasanya grafit, terkadang pigmen
berwarna atau arang) yang diletakkan dalam batang kayu (kertas dan plastik juga
digunakan) bagi menghasilkan tanda pada kertas. Pensel berbeza dengan pen, yang
menggunakan cecair sebagai bahan penanda. Getah pemadam digunakan bagi
menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pensil.
Krayon
Krayon adalah suatu bahan biasanya berbentuk seperti pensil yang diperbuat
daripada lilin, arang, kapur, atau bahan-bahan lain untuk digunakan dalam
penulisan, pewarnaan, dan lukisan. Krayon yang diperbuat daripada kapur lilin
digelar sebagai pewarna lilin berminyak (pastel berminyak) manakala yang
diperbuat daripada pigmen pula dipanggil pewarna lilin (pastel) sahaja.Krayon
biasanya digunakan oleh kanak-kanak untuk melukis dan mewarna. Krayon juga
merupakan bahan asas di kebanyakan prasekolah kanak-kanak di seluruh dunia.
Pewarna ini amat mudah digunakan, tidak kotor (sebagaimana cat dan marker pen),
tumpul (tidak berbahaya untuk kanak-kanak berbanding pewarna yang lebih tajam),
tidak bertoksik, dan mempunyai pilihan warna yang banyak. Tambahan pula, krayon
kini amat mudah didapati di pasar-pasar raya dan kedai-kedai alat tulis.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang krayon:-
• Warna krayon adalah kalis cahaya dan kalis air.
• Pada 98 tahun yang lalu, lebih daripada 100 bilion krayon Crayola telah
dihasilkan.
• Kebanyakan nama krayon Crayola diambil daripada buku U.S. Commerce Department's
National Bureau of Standards yang dipanggil Color: Universal Language and
Dictionary of Names(Warna:Bahasa Sejagat dan Kamus Nama). Beberapa nama juga
diambil daripada nama pelukis-pelukis tradisional.
Pen
-Pen (bahasa Latin penna, bulu pelepah) adalah alat menulis yang meletakkan
dakwat pada permukaan, biasanya kertas. Pen boleh digunakan bersama pelbagai
warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai kegelapan antara
hitam, biru, merah, dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul,
bulet (bullets) dan menombor dll.
Jenis pen
• Pen mata bola
• Pen mata golek
• Pen dakwat (Fountain pen)
• Pen mata felt
• Pen agar
KARYA YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAMPURAN
KARYA ZULKIFLI YUSOF
-Karya ini berbentuk figura manusia
-Penghayatan nilai estetik yang lebih kepada bentuk arca binaan dan simbolik
-Karya ini menggunakan media campuran besi dan plaster of paris serta warna.
-Karya ini menggunakan teknik logam, luakan, tambahan dan campuran.
-Karya ini bertemakan Perjuangan Pahlawan.
-Karya ini menekankan nilai gagah perkasa melalui pakaian dan penonjolan diri.
-Fungsi karya ini adalah untuk menerapkan sikap kepahlawanan, keberanian dan
tahan lasak.
KARYA REDZA PIAYADASA
REDZA PIYADASA
Lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah
Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge
Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.
Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers'
College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari
Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya
diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967
sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)
Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the
University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan
pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture
Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)
Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture
Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di
akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center
Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS
AWARD” pada tahun 1998
Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu
kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan
tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau
di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam
persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun
karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta
hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.
-Karya ini menekankan unsur figura.
- Karya ini menggunakan media campuran yang dilukis di atas kanvas
-Karya ini menggunakan teknik campuran, teknik cetakan saring sutera, teknik
berulang dan aliran konstruktif
-Karya ini bertemakan masyarakat Cina Baba dan Nyonya.
-Karya ini menunjukkan komuniti masyarakat di Malaysia iaitu masyarakat baba.
-Fungsi karya ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
pentingnya sesebuah keluaga. Selain itu, menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan
masyarakat cina di Malaysia.
-Karya ini banyak menggunakan warna merah, warna ini berperanan untuk
mengukuhkan dengan warna dalam masyarakat cina.
REDZA PIYADASA
Malay Couple: Redza Piyadasa(1988), Mixed media collage, 60 x 50 cm
Menerusi catan ini kelihatan seorang lelaki yang berambut putih, berkot, seluar
dan berkasut coklat muda serta memakai tali leher sedang berdiri disisi seorang
wanita muda yang sedang duduk di kerusi. Wanita tersebut memakai baju warna
biru dan kain batik berserta kasut biru. Mereka kelihatan seperti sedang
bersiap sedia untuk diambil gambarnya. Catan ini berlatarkan tumbuh-tumbuhan
dan garis-garis pelbagai warna.
Makna
Lelaki yang berambut hitam keputihan ini menunjukkan umurnya yang sudah sedikit
lanjut dan berdiri di sisi seorang wanita menunjukkan mereka sepasang suami
isteri. Berdirinya lelaki ini disisi perempuan yang sedang duduk menunjukkan
rasa sayang dan sentiasa menjaga isterinya dengan baik. Daun-daun dan
warna-warna kehijauan menunjukkan nilai-nilai kebahagian sepasang suami isteri.
Cerita
Di sini Redza Pyadasa ingin menyampaikan tentang kebahagiaan sepasang suami
isteri dan nilai kasih sayang seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri
kepada suaminya dari awal dan selamanya.
Ekspresif
Di dalam karya ini menunjukkan rasa gemberi dan teruja pengkarya pada
kebahagiaan pasang suami isteri tersebut dan mengabadikannya di dalam karyanya
sendiri.