Jumaat, 2 Januari 2015

Perkembangan Seni Lukis di Malaysia

Pengenalan

Seni lukis Malaysia berkembang mengikut tahap-tahap tertentu. Setiap tahap membawa pengaruh dan aliran dari Barat dan juga tempatan.

Melalui kajian yang dibuat, aktiviti menggambar atau melukis di negara ini bermula sejak negara mula dijajah oleh kuasa Barat, terutamanya British.

Pada masa itu, para pelukis datang bersama rombongan penjajah untuk merakamkan gambar flora dan fauna yang terdapat di negara ini. Kebanyakan pelukis ialah pelukis Syarikat Hindia Timur. Mereka melukis dengan menggunakan cat air dan pensel, kemudiannya membawa pulang hasil tersebut ke England pada pertengahan abad ke-19, lalu diterbitkan dalam bentuk cetakan kayu.

Pada masa itu, keperluan bahan-bahan percetakan begitu dikehendaki di Eropah. Pada tahun 1718, semasa Pulau Pinang ditakluki oleh British, budaya melukis Eropah mula dibawa masuk. Pada peringkat awal, pelukis-pelukis Eropah ini hanya melukis gambar lanskap yang terdapat di sekitar Pulau Pinang.

Apabila sistem persekolahan diperkenalkan, seni lukis mula diajar pada penduduk tempatan dan akhirnya, pengaruh lukisan Barat menular kepada penduduk tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan